Tuesday, 19 May 2015

Kenangan 40 tahun lepas di Guchil, Kuala Krai.......

Rumah DO Krai
40 tahun lepas...
Ketika rambut ku masih lebat
Dan kecek kelate ku masih pekat
Kadang kala kutu masih melekat
Semuanya itu masih ku ingat
Di padang Guchil kita bergelak ketawa
Berkejaran sambil menyepak bola
Sempat mengenali Rugby di hulur Khaidir
Katanya, “inilah mainan orang hilir”


Bandar Krai
Pesta Puja Umur Raja memang meriah
Main baling tin untuk mendapat hadiah
Pertunjukan wayang kulit sampai Ke Subuh
Hairan, tiada authority yang berani bantah
Guna buku “555” di kedai Mek Asin
Beli gula sekati hanya 30 sen
Main Nikke(tikam2) target rokok tin
Ganjarannya seringgit lima puluh sen.
Susu pekat manis harga 6o sen
Mi rebus Pok leh hanya 20 sen
SYP Rendah ada Yong Seng
Lebih 20 tahun menjual di kantin
Sesekali berkelah di Kuala Nal
Bila air Sg Durian menjadi gatal
Liga bola Krai memang terkenal
“The Jets” antara yang paling handal
Tok Yi , Bakri, Naser antara yang berbakat
Terlipat dalam sejarah “The Jets” yang hebat
Legasi mereka masih terpahat
Dalam memori mereka2 yang ingat.
Makanan sini hebat2 tanpa nasi Kak Wook
Ada roti panas Gul Baha dan juga sup Pok Jak
Tidak lupa nasi Berlauk Mok Yoh* dan Nik Doh**
Termasuk juga nasi Dagang istimewa Nik Jah ^.
* Mok Dene. ** Mok Stopa ^ sebelah rumah Fendi lek
Rumah DO “grandeur” di atas Bukit
Tangga Bradley dipenuhi rumah rakit
Sabtu Di Krai sungguhlah meriah
Rakan2 “estates” datang menziarah
Hijau, Merah Biru semuanya ada
Berduyun mereka datang dgn gumbira
Dari estates Pasir Gajah, Pahi dan Kerala
Berkepul2 asap Curut memenuhi ronga
Nik M Ismail's photo.
Tangga Bradley
Empat puluh tahun tinggal kenangan
Tiada lagi Kartighesu dan Manogaran
Komuniti Railway sudah tidak bermaya sepi
Syamsul dan Amirsham pun sudah membawa diri
Bukanlah Guchil Tanpa Lan Gerpok di sana
Bukanlah Saupi Hassan tanpa gelak ketawanya
Bukanlah Kuala Krai tanpa stesen keretapinya
Tanpa semuanya, sepi ibarat Garuda melanda
Ingat Stopa Nik Doh Ingat Iche Che Hussein
Ingat Che Gu Mat Gedek dan juga Din Hasan
Ingat Adik , Yu , Marzuki dan Che Mazlan
Ingat Nik Wahid, Nik Ahmad Wan salleh dan yang lain2
Semuanya sudah meninggalkan kita
Meninggalkan Kenangan bersama mereka
Tiada Hilai ketawa dan gurau senda
Semoga tenang mereka di sana.
Alfatihah untuk semua!
** Semua nama2 di atas adalah mereka yang pernah mewarnai kehidupan di Guchil & Kuala Krai. Ada yang masih hidup dan ada yang telah meninggalkan kita selamanya.
Nik M Ismail's photo.
Old Sungai Nal Bridge.

No comments:

Post a Comment

Sungai Ku........

Sungai negeri ku mengalir lesu Membawa lum pur dan debu Melihatnya sungguh terharu Perang kuning menusuk kalbu ...