Monday 9 April 2018

Sungai Ku........

Sungai negeri ku mengalir lesu
Membawa lumpur dan debu
Melihatnya sungguh terharu
Perang kuning menusuk kalbu



Dimana salah dan musibah
Balak di tarah tanah di dedah
Adakah mereka tak rasa bersalah
Melihat kemusnahan anugerah Allah?




Jangan hanya tahu menuding jari
Kita miskin kerana tiada royalti
Berceramah politik sana sini
Ekonomi negeri hidup sendiri.


Jauh disudut hati kecil ku
Ingin melihat Bradley seperti dahulu
Penuh sesak dengan bot dan perahu 
Membawa hasil mahsul di hujung minggu 



Jika KB ada Tambatan Di raja
Di Krai pula dgn Tangga Bradley Nya
Semuanya membawa penuh nostalgia
Untuk yang mengerti dan besar jiwa Nya.

Sungai Ku........

Sungai negeri ku mengalir lesu Membawa lum pur dan debu Melihatnya sungguh terharu Perang kuning menusuk kalbu ...