Thursday 11 August 2011

Nigeria oh Nigeria

Dah lama nak tulis tentang Nigeria ni tapi baru dapat gambar2 yg sesuai untuk di kongsi bersama. Banyak juga perkara sensitif disini yang saya tidak mahu ketengahkan kepada mereka yang terbabit. Pertama kali di jemput pergi ke Nigeria pada tahun 2009, saya tidak teragak2 di sebabkan sifat yang mahu mengetahui negara lain dan sedikit sifat "adventurous" yang semula jadi, saya nekad untuk pergi berjumpa dengan pelanggan di sana termasuk jemputan rasmi dari Ondo State technology center. Proses untuk mendapatkan visa adalah leceh sedikit dengan kerenah bahagian visa kedutaan Nigeria di sini dan juga syarat injection Yellow Fever ( pergi 5 hospital termasuklah  HKL, University hospital, Subang Medical , Tawakal dan Assunta semua tak ada vaksin, akhir sekali atu klinik kat KLCC ada khidmat cucuk yellow Fever)

one of our escort
Ok, sebaik saja mendarat di lapangan terbang Lagos, kami ( saya dan staf bernama Moataz dari Egypt) menghubungi orang yang sepatutnya mengambil kami dari Airport. Kami tidak mengetahui tempat yang kami menunggu tidak dibenarkan sekali pun kereta berhenti walau untuk mengambil penumpang. Semasa memasukkan beg ke dalam kereta, tiba2 datang satu pick up truck dari belakang terus cuba merampas kunci dari pemandu kereta kami dan 2 orang lagi  terus  mengunci  tayar kereta kami. Semuanya berlaku dalam masa beberapa saat sahaja. Pemandu kami berkeras tapi tidak berhasil dan mereka mengambil alih kereta kami di bawa ke depoh kereta lebih kurang 500 meters dari airport. Kami ikut bersama  sambil menunggu wakil dari syarikat yang kami ingin temui  membawa wang denda lebih kurang dalam RM300 duit malaysia.

the team from the Ondo state technology group
Dalam masa hampir sejam di depoh itu, kami lihat tak kurang dari 6 biji kereta di sitar dan ada yang di tarik bersama penumpangnya sekali di dalam. Bila semua urusan selesai dan duit bertukar tangan, kami meninggalkan airport menuju ke pejabat pelanggan kami di tengah bandar Lagos. Yang menariknya, boleh di katakan semua yang terlibat dalam syarikat yang menjalankan tarik kereta di lapangan terbang itu adalah berugama islam. Ianya sepatut tidak menarik apa2 perhatian sehingga saya terbaca satu artikel dalam surat khabar di sana yang menyebut tentang dilema masyarakat islam yang tinggal di Lagos dan bandar selatan yang di kuasai kaum Kristian ( utara Nigeria di kuasai oleh puak Islam). Dalam artikel itu ada menyebut tentang orag islam di Lagos yang kebanyakannya tidak berpendidikan dan banyak melibatkan diri dalam aktiviti seperti penarik kereta, gangsterism dan  dll. Yang berpendidikan pula banyak bertukar ugama.

Selesai urusan bersama pelanggan kami di Lagos, telah tersedia menunggu dua biji kereta dari Ondo State untuk membawa kami ke bandar Akure, ibu negeri Ondo State, lebih kurang 200+ km dari Lagos. Bersama kami terdapat polis bersenjata  AK 47 yang datang dari Ondo State untuk akan menjadi pengiring kami ke Ondo State. Kami di beritahu yang perjalanan darat pada waktu malam adalah amat merbahaya dan disebabkan itu, mereka terpaksa berlekas ke sana. Perjalanan ini melalui pekan2 kecil, kebun2 dan hutan serta jalan yang sukar dan berlubang. Menurut polis yang mengiring, mereka jarang bergerak malam hari kerana risiko di rompak atau di culik sangat tinggi.

Kami sampai di Akure hampir pukul 11 malam. Pintu pagar ke hotel perlu dibuka oleh pengawal bersenjata dan ini menunjukkan satu tahap sekuriti yang tak pernah saya alami. Keesokannya, kami di jemput pergi ke ofis Kerajaan Ondo State untuk perbincangan kami di ikuti dengan perjumpaan ringkas dengan Governor of Ondo State, Dr Olumugun Mimiko.
With the Governor, 4th from left

Selain bab rasmi, Komisiner Pembangunan Dan Infrastruktur, ONDO State, Haji Basaro yang saya ketemui semasa rombongan beliau melawat Malaysia beberapa bulan terdahulu telah menjemput kami untuk menghadhiri majlis hari jadi salah seorang ahli perniagaan Ondo state yang juga kawan baik nya. Haji Basaro, seorang muslim telah memarahi pegawainya kerana tidak membawa kami ke masjid untuk sembahyang Jumaat sebelum itu. Sesampainya kami di rumah ahliperniagaan itu, kami lihat lihat ramai lagi VIP2 Ondo state di situ termasuklah ketua polis negeri dan sebagainya. Yang lucunya, si Haji ini setelah memarahi pegawainya kerana tidak membawa kami ke masjid mula buka botol dan berjalan sana sini dengan champage dan wine sambil menari2 dengan penari2 jemputan.di majlis itu. Kesemua nya tak kira muslim atau bukan suka minum wine atau champagne semasa majlis itu.

Haji Basaro
The VIPs
 Ini membuat saya terfikir tentang kelakuan Nigerian di Malaysia yang kuat minum dan suka berbuat bising. Sebenarnya, inilah adat dan budaya mereka. Iklan arak adalah adalah iklan yang pertama di temui sebaik saje kami keluar dari airport. Hotel lounge penuh dengan orang yang minum beer, bukan coffee atau tea. Dan satu lgi, mereka tidak merokok. Saya tidak berjumpa dengan seorang pun yang merokok sepanjang trip saya itu tremasuklah iklan rokok. ,Mereka hanya suka berbuat bising dan minum.


Di Nigeria juga saya berpeluang untuk menikmati daging landak dan juga pepper mutton soup yang amat popular di sana. Di Nigeria ini jugalah street vendor berleluasa sehinggakan tolak rumah atau kereta, semua nya di usung untuk di jual. Di sini mereka suka makan ubi kayu yang dah di uli menjadi tepung, dan di stim mengantikan nasi.Ondo terkenal dengan hasil bumi nya seperti Bitumen, granit dan tanah yang subur untuk pertanian. Menurut mereka, benih kelapa sawit di Malaysia berasal dari Ondo State.  Kami di beri eskot polis sekali lagi untuk pulang ke Lagos dan alhamdullilah semuanya lancar sepanjang jalan. Satu lagi yang perlu di ketahui tentang Nigeria adalah ketidak sabilan kuasa letrik di sana. Power tripped selalu berlaku dalam tempoh 15-30  minit sekali tapi pihak Hotel telah menyediakan power back up untuk kes ini.
guest dancers

Penerbangan pulang kami lancar seperti biasa kecuali mereka yang di kastam dan imigresen yang tidak malu2 meminta tip dari pelancong asing. Satu incident dengan pihak kastam yang cuba melengahkan pemeriksaan (mengharapkan tip)  dengan membelek2 nail clipper saya  lantas saya menyuruhnya menyimpan nail clipper itu kalau dia mahu. Mungkin tersentak dengan kata 2 saya tersebut dia pun hanya berkata part  yang untuk licinkan kuku tak boleh di check in. Saya terus menjwab, patahkan lah! dia mungkin gave up dan terus melepaskan barangan saya.

Sesampainya saya di Dubai, kesesokan hari nya saya mendapat tahu yang isteri Komisiner Infrastruktur dan Pembangunan ONDO, Haji Basaro telah di culik dari rumah mereka bersama2 dengan isteri Setia Usaha Kerajaan Negeri ONDO.  Wang tebusan USD50,000 seorang di pinta oleh para penculik. Merenung kembali, saya faham mengapa setiap kali kami keluar dari kereta semasa di jalanan, polis yang mengawal kami bersedia dengan AK47 dan memerhati sekeliling. Penculik mungkin berada dimana2 di tanah Nigeria... selain penculikan, sumber ekonomi gelap adalah minyak pasaran gelap yang di curi dari paip minyak. hasil minyak negara juga banyak hilang di sebabkan oleh kegiatan ini termasuklah kes2 rasuah yang lain. Pendek kata, Nigeria is a land of opportunity for those who are willing to take the risk."  












1 comment:

  1. What an experience. One thing is obvious, a country deep in corruption will never progress as a stable state.

    ReplyDelete

Sungai Ku........

Sungai negeri ku mengalir lesu Membawa lum pur dan debu Melihatnya sungguh terharu Perang kuning menusuk kalbu ...